Pendidikan

Pendidikan sebagai wadah pembentukan intelektualisme.

Politik

Politik dan isu terkini bagi mengukuhkan aktivisme

Informasi

Sebagai ruang informasi dan bicara

Galeri

Latest Updates

Apakah Selepas Demokrasi?




Kemenangan Donald Trump dan krisis ekonomi negara juga membawa perkembangan positif terhadap pencerahan politik di negara ini. Mereka yang kurang mengemari perkembangan politik dunia dan negara mula bangkit untuk mengetahui mengenai demokrasi dan politik.

Ahli filsuf pragmatik, Sidney Hook mendefinisikan demokrasi sebagai satu bentuk pemerintahan dimana keputusan-keputusan pemerintah yang penting secara lansung atau tidak lansung didasarkan kepada kesepakatan majoriti yang diberikan secara bebas kepada rakyat dewasa.

Abraham Lincoln dalam ucapannya di Gettysburg menyatakan bahawa di dalam demokrasi, terdapat 3 dasar utama iaitu pemerintahan dari rakyat (Goverment of the people), pemerintahan oleh rakyat (Goverment by the people) dan pemerintahan untuk rakyat (Goverment for the people).

Pemerintahan dari rakyat ialah pemerintahan yang sah adalah satu pemerintahan yang mendapat pengakuan dan dokongan majoriti dari rakyat melalui demokrasi, pilihanraya umum. Pemerintahan oleh rakyat pula ialah suatu pemerintahan yang menjalankan kekuasaannya atas nama rakyat, bukan dukungan peribadi elit negara atau elit birokrasi. Pemerintahan untuk rakyat ialah kekuasaan yang diberikan oleh rakyat kepada pemerintah harus dijalankan untuk kepentingan rakyat.

Sorotan sejarah menyaksikan perkembangan demokrasi yang telah menempa kejayaan dalam perang dingin. 

Namun, demokrasi juga mempunyai kecurangannya yang tersendiri apabila fasis, diktator, billionair, elit, koruptor menggunakan sistem untuk mendapatkan kuasa. Benito Mussolini memimpin Parti Fasis pada tahun 1922 untuk mendapatkan kuasa. Diikuti oleh Adolf Hitler yang memimpin Parti Nazi meraih kuasa pada tahun 1933. Atas tiket demokrasi, mereka melakukan penindasan dan keganasan perang.

Apa yang kita saksikan pada hari ini ialah koruptor, elit dan billionair menggunakan demokrasi untuk menaiki takhta. Seolah-olah demokrasi telah dibeli oleh orang kaya dan elit. Rakyat tidak punyai pilihan lain untuk memilih calon pemimpin mereka. Alternatif yang diberikan juga punyai masalah skandal dan moral. 

Apakah demokrasi itu telah dibeli oleh orang kaya? Sehinggakan tiada lagi pemimpin yang bukan daripada golongan elit yang boleh dicalonkan sebagai pemimpin. Apakah demokrasi itu hanya dimiliki oleh golongan elit semata-mata?

Fenomena menarik demokrasi dekad ini ialah apabila keruntuhan ekonomi Greek dan perkembangan Arab Spring. Revolusi di Arab yang menuntut perubahan pemimpin mereka sehingga menyebabkan rusuhan, perang saudara, kudeta & kehancuran sistem. Pemerintah menggunakan demokrasi sebagai alat untuk mereka mengekalkan kuasa. Malahan regim Hosni Mubarak juga berkuasa dengan lebih dari 88% undi popular.

Kempen BREXIT yang menyebabkan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) telah menyebabkan rakyat menyalahkan dengan demokrasi yang melampau sehingga mengubah masa depan anak muda Britain dan menyebabkan kejatuhan nilai matawang pound. Kini, barat sekali lagi menyalahkan demokrasi melampau menjadi penyebab kepada pemimpin yang dikatakan tidak bermoral menaiki takhta.

Memang demokrasi bukanlah sistem yang terbaik, namun sistem yang terbukti berjaya pada abad ke-20 ialah demokrasi. Tetapi, demokrasi tidak semestinya sesuai di semua negara. China membuktikan ekonominya cuba untuk mengatasi ekonomi Amerika tanpa mengamalkan sistem demokrasi pilihanraya. Persoalannya, Apakah selepas demokrasi? 

- Wandy

Antara De-Stalinization & De-Mahathirisme


Kematian Joseph Stalin selaku setiausaha agung Soviet Union telah menyaksikan proses De-Stalinization yang telah dilakukan oleh pengantinya, Nikita Kruvchev. Proses pembaharuan ini dilakukan dengan menukar atau menghapuskan institusi utama yang membantu Stalin dalam mengekalkan kuasanya.
Kruvchev memburukkan pemimpin sebelumnya dengan tuduhan sebagai seorang yang korup dan teruk dalam memimpin organisasi. Proses memburukkan pemimpin sebelumnya bukan hanya dilakukan secara literal, ianya juga dilakukan dengan merobohkan tugu, bangunan, monumen yang berkait dengan Stalin. Malah, Jalan Stalingard juga ditukarkan namanya. Tidak cukup dengan itu, kubur Stalin juga dipindahkan.
Bencinya Kruvchev kepada Stalin yang telah mati itu telah membawa pergolakan dalaman kepada Soviet Union. Pemimpin dan pengikut setia Stalin yang tersisa berbalah dengan penyokong pemimpin baharu, Kruvchev. De-Stalinization ini merupakan benih yang ditanam dan dituai dengan runtuhnya empayar Soviet Union di bawah pimpinan Mikail Gorbachev.
Dasar reformasi Glasnost dan Perestroika oleh Gorbachev pada tahun 1980an mempercepatkan lagi terkuburnya Soviet Union. Semua ini hanyalah bermula apabila pemimpin yang mengantikan kepimpinan sebelumnya hanya menyinggung orang yang telah mati.
Kendati begitu, De-Mahathirisme juga berlaku di Malaysia apabila kepimpinan perdana menteri Najib Razak sudah mula memburukkan bekas perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir. Proses De-Matahirisme ini telah menyebabkan pergolakan dalaman UMNO sehingga memecahkan parti tersebut kepada parti baharu, BERSATU.
Proses tranformasi Najib bukan menghapuskan institusi utama yang membantu Mahathir mengekalkan kuasa seperti yang dilakukan oleh Kruvchev terhadap Stalin, tetapi insitusi tersebut dikuatkan bagi mencengkam kuasa yang ada. Wujud perlbagai akta baharu bagi memberikan kuasa yang lebih kepada pemerintah walaupun ianya bertentangan dengan perlembagaan. Akta ISA yang cukup menindas dievolusikan menjadi satu akta baharu yang lebih mencengkam.
De-Mahathirisme diteruskan lagi dengan menghapuskan kesemua pengikut Mahathir dalam pemerintahan. Ada pula pimpinan parti meminta untuk menarik balik gelaran "Tun", mengapuskan legasi seperti meruntuhkan KLCC yang dibina pada zaman Mahathir.
Persoalannya, adakah De-Mahathirisme ini akan berakhir seperti De-Stalinization yang menghancurkan Soviet Union, tetapi De-Mahathirisme akan menghancurkan UMNO? Soviet hancur selepas lebih dari 20 tahun proses De-Stalinization, adakah UMNO hancur lebih awal akibat daripada De-Mahathirisme?

Antara Cleopatra & Romeo


Aku jarang nak cerita pasal cinta di Blog. Tapi kisah cinta pakai limosin disebut ramai sampai trending, teringat kisah cinta Cleopatra dan Romeo yang masih lagi trending.
Cinta pakai limosin memang hebat dan mengujakan. Namun kehebatan cinta mereka belum mampu menandingi kehebatan cinta Cleopatra dan Anthony serta cinta Romeo dan Juliet dalam karya William Shakespeare.
Memang cinta pakai limosin tidak pernah pun terfikir untuk menandingi kehebatan cinta Shah Jahan & Mumtaj Mahal serta cinta Laila dan Majnun, apatah lagi kisah Cleopatra dan Romeo.
Kisah Romeo dan Juliet adalah kisah cinta yang paling ramai disebut di seluruh dunia. Sebelum bertemu Romeo, Juliet dipinang oleh bangsawan, Count Paris. Tempoh 2 Tahun diberikan untuk menerima lamaran. Dalam tempoh tersebut, Romeo bertemu Juliet dan mereka bercinta.
Setelah sampai tempoh, Juliet sanggup berpura mati demi menolak pinangan Paris agar dia boleh bersama Romeo.
Akibat menyangka kematian Juliet adalah benar, Romeo menelan Racun sehingga mati. Setelah sedar, Juliet melihat Romeo mati keracunan, Juliet menikam dirinya dengan pisau milik Romeo. Bodoh kan?
Kisah Cleopatra dan Anthony merupakan kisah cinta yang cukup hebat. Kehebatan cinta mereka boleh menyebabkan Mesir dan Rom bersatu dan berperang.
Cleopatra berjaya memikat lelaki paling berkuasa di dunia pada ketika itu, Anthony, salah seorang daripada pemerintah bertiga Rom.
Dipendekkan cerita, Cleopatra berpura mati demi mendapat kembali cinta Anthony. Mendengar khabar kematian Cleopatra, Anthony meminta Eros membunuh dirinya. Akibat tidak sanggup melakukannya, Eros membunuh diri. Kemudian Anthony menikam dirinya sendiri.
Anthony mati dalam dakapan Cleopatra kerana kepuraannya. Akhirnya Cleopatra membunuh diri dengan meminum racun ular.
Romeo dan Cleopatra adalah dua watak dari cerita yang berbeza namun mereka punyai pengakhiran yang sama iaitu mati menelan racun demi cintanya.
Ya, benar. Cinta itu besar. Pernah menyatu empayar Isabella di Sepanyol, menggoncang Troy, menawan Mesir dan naik limosin. Tapi janganlah kita dibutakan oleh cinta. Kerana cinta itu subjektif.
 
View More Posts

Artikel

Post With Title

Powered by Themes24x7
Copyright © 2014 Wandy